Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Penyelarasan dan penyelesaian terhadap isu-isu penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah akan sentiasa menjadi  agenda utama JAKIM dalam penyeragaman tindakan yang dilaksanakan di negeri-negeri. Sesuai dengan matlamat tersebut, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang telah sekali lagi menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Malaysia Bil 1/2015 pada 7hb September 2015 bertempat di Dewan Syura, JAKIM.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB. Mejar Jeneral Datoโ€™ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YB. Senator Datoโ€™ Dr. Asyraf Wajdi bin Datoโ€™ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tuan Haji Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) selaku Setiausaha Mesyuarat yang mewakili YBhg. Datoโ€™ Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datoโ€™ Zainul Rijal bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia selaku Pembentang Kertas Kerja, YBhg. Tuan Muhammad Bukhari bin Ab. Hamid, Penasihat Undang-Undang JAKIM dan YBhg. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang JAKIM. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Penasihat Undang-Undang negeri kecuali Sabah dan Sarawak serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
 
Beberapa isu telah dibincang dan diputuskan di dalam mesyuarat kali ini dan akan diselaraskan di peringkat negeri-negeri dalam usaha penyeragaman tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah.
 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Malaysia 1
 
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Malaysia 2
 
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Malaysia 3
 
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Malaysia 4