Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
3 MAC 2016 (KHAMIS) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Seminar Kelestarian Keluarga : Cabaran Pascaperkahwinan Abad Ke-21. Program ini diadakan sempena Pelancaran Modul Pascaperkahwinan Islam dan Majlis Penghargaan kepada Ahli-ahli Panel Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) tahun 2013-2015. 
 
Penceramah yang diundang kali ini terdiri dari :
 
Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Pakar Motivasi Kekeluargaan Islam
Tajuk : Keluarga Sakinah : Cabaran dan Masa Depan
 
Dr. Sofiah Samsudin, Pensyarah dari Jabatan Quran & Sunnah UIAM Gombak dan Penggubal Modul Pascaperkahwinan Islam     
Tajuk : Konflik Rumahtangga : Pendekatan Islam Sebagai Satu Model 
 
Puan Suzana binti Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie dan Penggubal Modul Pascaperkahwinan Islam     
Tajuk : Sharing Moment : Romantika 3 Hari 2 Malam
 
Moderator :  Ust. Mohd Izwan bin Mohd Yusof
 
Pelancaran Modul Pascaperkahwinan Islam dan Majlis Penghargaan kepada Ahli-ahli Panel Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) tahun 2013-2015 disempurnakan oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datoโ€™ Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim diiringi oleh Datoโ€™ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.
 
Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Teknikal & Penggubal Modul telah diberikan penghargaan atas komitmen dan kerjasama sepanjang pembangunan Modul ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah dan Wakil-wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk menerima Modul ini dan dijadikan panduan dan rujukan bagi Program-program pascaperkahwinan di negeri masing-masing
 
Dengan adanya Modul Pascaperkahwinan Islam ini, diharapkan :
  1. Menjadi panduan dan rujukan Kepada Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Agensi Kerajaan dalam pelaksanaan program-program kekeluargaan;
  2. Pelaksanaan Kursus-kursus Pascaperkahwinan Islam yang diadakan peringkat negeri akan menjadi lebih terancang dan sistematik;
  3. Isi kandungan dan input yang disampaikan akan menjadi selaras dan berkesan;
  4. Memudahkan proses penilaian dan pengukuran dari segi keberkesanan Kursus.
 
SESI FORUM
SEMINAR KELESTARIAN KELUARGA : CABARAN PASCAPERKAHWINAN ABAD KE-21
 
Seminar Kelestarian Keluarga 1
 
Seminar Kelestarian Keluarga 2
 
Seminar Kelestarian Keluarga 3
 
 
MAJLIS PELANCARAN MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM
OLEH YB SENATOR DATO' DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO' DUSUKI, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
 
Seminar Kelestarian Keluarga 4  Seminar Kelestarian Keluarga 5
 
Seminar Kelestarian Keluarga 6  Seminar Kelestarian Keluarga 7
 
 
PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL & PENGGUBAL MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM
 
Seminar Kelestarian Keluarga 8  Seminar Kelestarian Keluarga 9
 
Seminar Kelestarian Keluarga 10  Seminar Kelestarian Keluarga 11
 
 
MAJLIS PENYERAHAN MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM KEPADA WAKIL JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI
 
Seminar Kelestarian Keluarga 12  Seminar Kelestarian Keluarga 13
 
Seminar Kelestarian Keluarga 14  Seminar Kelestarian Keluarga 15
 
 
MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA AHLI PANEL ISU-ISU SEMASA WANITA ISLAM (PISWI) BAGI TAHUN 2013 - 2015
 
Seminar Kelestarian Keluarga 16  Seminar Kelestarian Keluarga 17
 
Seminar Kelestarian Keluarga 18
 
 
SESI BERGAMBAR
BERSAMA WAKIL JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI, AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL & PENGGUBAL MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM DAN AHLI PANEL ISU-ISU SEMASA WANITA ISLAM (PISWI)
 
Seminar Kelestarian Keluarga 19
 
 
MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM
TERBITAN JAKIM
 
Seminar Kelestarian Keluarga 20