Kurator Berita : Bahagian Penerbitan

JAKIM LANCAR TAFSIR AL-QURAN DALAM E-BRAILLE, BAHASA MANDARIN

 

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Fakulti Kjuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mewujudkan program kerjasama Majlis Pelancaran Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada   Pengertian al-Qurโ€™an versi Mandarin dan Braille al-Qurโ€™an berjalan serentak dalam satu majlis disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof. Usaha terjemahan al-Qurโ€™an kepada bahasa Mandarin dan al-Qurโ€™an dimasukkan ke dalam e-Braille, dilihat memudahkan umat Islam memahami dan menghayati al-Qurโ€™an dalam pelbagai bahasa dan media.

       YB Datuk Seri Dr Mujahid berkata, โ€œusaha ini amat penting sebagai satu medan dakwah yang sentiasa diterokai. Antara kelebihan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada   Pengertian al-Qurโ€™an versi Mandarin adalah penggunaan bahasa mudah, berbanding kitab tafsir diedarkan oleh Arab Saudi yang menggunakan terjemahan perkataan agak sukar difahami.โ€ Beliau juga memuji kerjasama strategik Jakim dengan pelbagai NGO Cina Muslim dalam menjayakan misi dakwah.

       Peralatan e-Braille Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , sebuah mesin taip braille elektronik berteknologi tinggi mula dibina sejak tahun 2009 dan berjaya dihasilkan pada tahun 2016 dengan kos RM17,000.00 sebuah. Dengan memasukkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada   Pengertian al-Qurโ€™an ke dalam e-Braille ini amat memberi manfaat kepada golongan orang kurang upaya (OKU)   bagi memahami dan menguasai al-Qurโ€™an. peralatan elektronik.Dalam majlis ini, Perjanjian Persefahaman MoU antara kerajaan Malaysia dengan UTM ditandatangani.

       Menurut YB Datuk Seri Dr Mujahid lagi, โ€œadalah dicadangkan agar Jakim dapat menerbitkan   Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada   Pengertian al-Qurโ€™an versi baharu yang lebih berkualiti, mnarik dan mesra pelanggan. Hal ini penting supaya kitab ini dapat dimanfaatkan lebih menyeluruh dan bersesuaian dengan konsep Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan oleh kerajaan.โ€

 

PGMW4961

DZCO1880

CCJJ6785

 

XOHX3365

 

QMGT4983