PUTRAJAYA: 20 Oktober 2021M / 13 Rabiโulawal 1443H:- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah mengadakan Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien AADK Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Penganjuran webinar ini bertepatan dengan Inisiatif Mantap yang diperkenalkan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah PIAGAM C-19 melalui Inisiatif Ketiga (3) iaitu Pemantapan Institusi Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Islam. Ia juga selaras dengan prinsip Maqasid Syariah yang bertujuan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Webinar yang bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa โprogram sebegini adalah amat penting dalam membantu setiap klien untuk pulih sepenuhnya dan bangkit semula menjadi individu yang boleh menyumbang ke arah pembentukan sebuah Keluarga Malaysia yang sihat dan sejahteraโ.
Majlis perasmian webinar ini turut dihadiri YBhg. Datoโ Dr. Sirajuddin Suhaimee Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Mohd Norizan Abd Ghani Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Tuan Nazir Mohamad Pengarah AADK Negeri Selangor dan Tuan Md Razif Wan Pengarah AADK Wilayah Persekutuan.
Sebanyak dua (2) sesi pembentangan telah berlangsung iaitu Slot 1 bertajuk โMembina Diri Melalui Kaunseling Syarieโ disampaikan oleh Dr. Mohd Noor Bin Saper, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Kaunselor dan Fasilitator KSKCC.
Manakala Slot 2 bertajuk โRawatan Diri Melalui Ilaj Syarieโ telah disampaikan oleh Ustaz Halim Bin Zakaria, Pengamal Pengubatan Islam merangkap Fasilitator KSKCC. Seramai 200 orang peserta daripada klien Agensi Antidadah Kebangsaan daerah-daerah dalam Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menghadiri webinar ini.