Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Institut Latihan Islam Malaysia, 15 Februari 2023 bersamaan 24 Rejab 1444H - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Panel Pakar Falak Bilangan 1 Tahun 2023 bertempat di Bilik Syura Umar Al-Khattab, Aras 2, Blok Akademik A, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama, Bangi Selangor.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan dihadiri oleh ahli Panel Pakar Falak JAKIM, YBrs. Dr Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan selaku setiausaha dan Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Mesyuarat ini juga telah menganalisis dan mengesahkan data bagi hari cerapan, awal Ramadan, Syawal & Zulhijjah Tahun 1444H / 2023, semakan Takwim 2025 /1446-1447H. Manakala Profesor Datoโ€™ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin telah membentangkan laporan kajian Cerapan Hilal, Kecerahan Langitdan Pembiasan Cahaya di Ufuk bagi tahun 1443H.

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 1

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 2

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 3

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 4

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 5

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 6