Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 22 Oktober โ€“ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Pemikiran Islam secara atas talian (online) kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM pada 20 hingga 21 Oktober 2020.

Antara objektif kursus ini ialah :

I.ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย  Menjelaskan sejarah pemikiran Islam dan kemunculan aliran-aliran pemikiran.

II.ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย  Menjelaskan isu, cabaran dan pengaruh pemikiran Islam kepada umat.

III.ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย  Meningkatkan kefahaman yang mendalam tentang pemikiran ย Islam dengan mengemukakan isu-isu semasa.

Pengisian kursus pada kali ini disampaikan oleh YBrs. Dr. Ariffin bin Ismail yang merupakan Mantan Pemikir Islam dan Isu-isu Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan tajuk โ€œPerkembangan Pemikiran Islam Zaman Awal dan Kontemporari dan Implikasi Globalisasi ke atas Pemikiran Islam di Malaysiaโ€.

Slot seterusnya disampaikan oleh YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal bin Hassan, Felo Kehormat JAKIM dengan tajuk โ€œPandangan Semesta Islam Sebagai Kerangka Pemikiran Islam dan Penyerapan Pemikiran Tokoh Nusantaraโ€ dan Global di Malaysiaโ€.

Manakala slot terakhir disampaikan oleh YBrs. Dr. Azmil bin Zainal Abidin, Pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya dengan tajuk โ€œCabaran Ideologi Terhadap Pemikiran Islam dan Pemikiran Moden & Pasca Modenโ€.

Semoga dengan adanya kursus ini dapat memberi pendedahan khusus kepada Pegawai Hal Ehwal Islam agar mampu menyampaikan dan menjelaskan isu-isu pemikiran Islam semasa kepada masyarakat di luar sana.







ย 

ย 

ย