Kurator Berita : Darul Quran
Darul Quran telah menyambut ulangtahun yang ke-50 dengan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg. Datoโ€™ Haji Hassan Mahmud Al-Hafiz, pelajar generasi ke-2 Darul Quran. Y.Bhg. Datoโ€™ telah mengetuai bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat dan diikuti bersama warga Darul Quran serta tetamu jemputan.
Majlis yang diadakan selepas solat Asar secara berjemaah ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datoโ€™ Haji Razali Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim mewakili Y.Bhg. Ketua Pengarah Jakim, Datoโ€™ Haji Othman Bin Mustapha.
Beliau yang dalam ucapannya telah menceritakan tentang sejarah perkembangan Darul Quran bermula pada tahun penubuhannya iaitu pada 1 Mac 1966 hinggalah sekarang. Beliau juga telah menyatakan bahawa Darul Quran pada 50 tahun yang lalu bermula dengan hanya 8 orang pelajar sahaja dan sekarang jumlah graduan Darul Quran adalah sebanyak 2,694 orang, tidak termasuk pelajar-pelajar dari Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri yang bernaung di bawah Darul Quran.
Terdahulu, Pengarah Darul Quran, Dr Haji Nordin Bin Ahmad telah menyampaikan ucapan aluan. Dalam ucapan aluannya, Y.Brs. Dr telah menyatakan perancangan-perancangan Darul Quran dalam menyambut Jubli Emas pada tahun ini.
Selain bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat, majlis diserikan lagi dengan tayangan video sejarah Darul Quran, bacaan โ€˜haflahโ€™ tarannum serta qasidah yang dipersembahkan oleh wakil pelajar semester 6.
Sebanyak 5 biji kek selain kek utama untuk gimik perasmian telah disumbangkan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Kek-kek tersebut telah disumbangkan oleh Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz, Koperasi Darul Quran, Puspanita Darul Quran, Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT DQ) dan Perwakilan Mahasiswa USIM-DQ (PERMAS).
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 1
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 2
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 3
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 4
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 5
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 6
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 7
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 8
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 9
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 10