Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
PERSIDANGAN PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL ISLAM SELURUH MALAYSIA BIL. 1/2019
 
KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, 4 Julai 2019 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menganjurkan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Bil. 1/2019 bertempat di Dewan Syura A, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
 
Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri melibatkan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Menteri Besar Negeri Selangor, YB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat- Yang Berhormat Pengerusi Hal Ehwal Islam Negeri - Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Ketua-Ketua Agensi di bawah YB Menteri di JPM, Ketua Pengarah JAKIM, Pengurusan Tertinggi JAKIM, Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM, wakil Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan wakil Kementerian Kewangan. Persidangan ini telah dihadiri seramai 65 orang ahli.
 
Di dalam perutusan Pengerusi, YB Menteri mengharapkan kerjasama strategik yang sedia terjalin antara Negeri - negeri dalam membantu Kerajaan Persekutuan menangani isu-isu semasa umat Islam di Malaysia dan melahirkan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah model pentadbiran Islam terunggul, progresif dan inklusif menjelang 2025. Sebanyak 7 kertas telah dibentangkan dalam persidangan tersebut untuk makluman dan tindakan ahli-ahli persidangan.
 
Persidangan bermula jam 2.30 petang dan ditangguhkan pada jam 5.45 petang.
 
 
Persidangan Exco HEI Bil 1 2019 1
 
Persidangan Exco HEI Bil 1 2019 2
 
Persidangan Exco HEI Bil 1 2019 3
 
Persidangan Exco HEI Bil 1 2019 4