Lumut, Perak:
Jakim dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perak baru-baru ini telah menganjurkan programMunaqasyah Fiqh Falak Peringkat Kebangsaan 2016 yang diadakan di The Orient Star Resort, Lumut, Perak pada 27 hingga 29 September 2016. Objektif utama penganjuran munaqasyah ini adalah untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai falak seluruh Malaysia bagi membincangkan isu-isu falak dari sudut syarak dan saintifik. Program ini juga turut memberi peluang penyertaan kepada pensyarahdari IPTA dan IPTS yang berminat dalam isu-isu berkaitan perkembangan falak syari’e.
Seramai 70 orang peserta telah menghadiri munaqasayah pada kali ini yang terdiri dari wakil Jabatan Mufti Negeri seluruh Malaysia, Pegawai-pegawai Agama Daerah Negeri Perak, pensyarah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas.
Antara tajuk yang telah dibincangkan dalam munaqasyah kali ini ialah:
- Aplikasi Jamak dan Qasar : Perkiraan Dua Marhalah
Oleh: YBhg Sr. Ahmad Azman bin Ghazali, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang.
- Gerhana Bulan Penumbra : Analisis Kenampakan Gerhana
Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz, Ahli Panel Pakar Falak Jakim.
- Perbintangan Dalam al-Quran
Oleh: YBhg. Dr. Raihana binti Abdul Wahab, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.
- Hujan Meteor: Analisis Terhadap Ayat 29: Surah al-Mulk
Oleh: Tuan Haji Hanafiah bin Abdul Razak, Ahli Panel Pakar Falak Jakim.
- Isu-isu Falak Viral di Internet : Satu Analisis
Oleh: Dr. Mohd. Fahmi b. Abdul Khir, Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Perak.
- Perbezaan Balai Cerap Islamik dan Konvensional
Oleh : En. Mohd Razlan bin Ahmad, Universiti Sians Islam Malaysia.
Majlis perasmian munaqasyah telah disempurnakan oleh Sahibus SamahahTuan. Haji. Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, sebagai mewakili Sahibus Samahah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Harussani bin Haji Zakaria. Turut hadir ialahTuan Haji Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim.
Para peserta munaqasyah juga telah diberi peluang melawatPangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat suasana dalam kapal Armada Tentera Laut Diraja Malaysia, iaitu KD Mahawangsa. Di samping itu, peserta juga berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan penentuan arah kiblat dan pengiraan waktu solat yang diguna pakai oleh anggota tentera laut ketika dalam pelayaran di lautan.
Barisan Penceramah Munaqasyah Fiqh Falak 2016
Sesi Soal Jawab Oleh Peserta Munaqasyah
Sesi Lawatan Ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia