Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Ahad

28 April 2024

10.00 pagi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan bersama Yayasan Islam Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama (MESMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4 Tahun 2024 bertempat di Yayasan Islam Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Che Kamarudin Kamel bin Che Muhammad, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan dan turut dihadiri oleh Jawatankuasa Teknikal JAKIM dan wakil-wakil Pegawai dari 14 buah negeri.

Objektif mesyuarat ini bagi penyelarasan MESMA yang akan berlangsung pada 7 hingga 10 Jun 2024 (Jumaat hingga Isnin) di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh (Perbandaran Islam) Ketereh,Kota Bharu Kelantan. MESMA pada kali ini akan mempertandingkan dua acara iaitu Recurve dan Tradisional dengan penglibatan seramai 350 orang peserta dari seluruh  negeri.

Pada sebelah petangnya di adakan  lawatan tapak MESMA di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh (Perbandaran Islam) Ketereh,Kota Bharu Kelantan. Lawatan tapak ini bertujuan untuk mengenalpasti tempat pertandingan dan tempat penginapan peserta dan pegawai serta urus setia supaya lebih teratur dan sesuai untuk MESMA nanti. Bahagian Pendidikan JAKIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Islam Kelantan atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penganjuran MESMA pada tahun ini.



Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 02

Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 01

Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 03

Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 04

Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 05