4-5 Mei 2017, Langkawi. Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM telah mengadakan Simposium Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (SPPP) Seluruh Malaysia 2017 bertempat di Hotel Seaview Langkawi. Simposium tersebut telah mengumpulkan 50 orang peserta yang melibatkan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie daripada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) serta Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.
Program SPPP merupakan inisiatif JAKIM di peringkat Pusat dalam membantu JAIN selaku agensi Pelaksana untuk mentranformasikan Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan JAIN seluruh Malaysia selari dengan perkembangan semasa. Program ini berbentuk penilaian perkhidmatan (delivery system and good governance) berdasarkan kepada 5 kluster iaitu Kluster Pembangunan Organisasi, Kluster Pembangunan Insan, Kluster Perundangan, Kluster Diplomatik dan Perhubungan serta Kluster Penyelarasan dan Pemantauan Tindakan. Di samping itu, program ini merupakan mekanisme baharu penambahbaikan gerak kerja, menilai kekuatan dan kelemahan organisasi dan memperluaskan konsep perkongsian ilmu (sharing knowledge).
Pada dasarnya Program SPPP telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2015 dan 2016 dengan kerjasama semua JAIN. Seterusnya, pada tahun ini, pembentangan laporan ke setiap negeri telah diadakan untuk memaklumkan dapatan dan penemuan Amalan Terbaik (Best Practices). Rentetan daripada pembentangan laporan SPPP tersebut, Simposium SPPP dilaksanakan bagi berkongsi pengalaman Best Practices Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah negeri yang boleh dijadikan model bagi setiap kluster. Sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan dalam Simposium yang bertemakan “Memacu Kecemerlangan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah Di Malaysia” ini.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Abd Rahman bin Haji Ismail. Dalam ucapannya, beliau menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan ke arah memartabat dan memperkasakan sistem perundangan Islam di negara ini amnya dan Institusi Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah khasnya.
Pengarah BPUU, Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad membentangkan kertas bertajuk
Pengukuhan Perundangan Syariah Melalui Pematuhan SOP
Panel-panel sesi pembentangan kertas kerja bagi membincangkan Kluster Perundangan
Sebahagian peserta yang hadir dalam Simposium Sistem Penarafan Penguatkuasaan
dan Pendakwaan Syariah (SPPP) Seluruh Malaysia 2017
Penyampaian cenderahati kepada Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan
selaku moderator sesi pembentangan kertas kerja Kluster Pembangunan Organisasi
Dan Pembangunan Insan
Kupasan tajuk “Membina Reputasi Cemerlang Dalam Organisasi”
dan “Meningkatkan Prestasi Pencapaian Agensi Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah”
Majlis Penutup Simposium dirasmikan oleh
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), YBhg. Dato’ Haji Abd Rahman bin Haji Ismail
Gambar kenangan beramai-ramai bersama Pengarah JHEAIK