Putrajaya, 16 Julai 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berjaya menganjurkan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah (SKPJS) 2018 di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Seminar ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) manakala YBrs. Tuan Aziz bin Hj. Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang JAKIM pula telah menyampaikan ucapan aluan dalam program tersebut.
Seramai 750 orang peserta telah hadir memenuhi Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Mereka terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), kementerian/agensi sekitar Putrajaya, Pertubuhan-Pertubuhan Islam, ahli jawatankuasa masjid serta surau, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mahasiswa mahasiswi daripada institut pengajian tinggi awam/swasta.
Objektif penganjuran seminar ini ialah:
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepelbagaian aliran pemikiran dan kefahaman masa kini yang tidak selari dengan Islam dan isu-isu yang berkaitan dengannya;
2. Membicarakan secara mendalam isu-isu dan teknik pencegahan jenayah yang berkaitan kesalahan-kesalahan jenayah syariah serta memperkukuhkan pemahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai pegangan ummah Islam di Malaysia; dan
3. Memperkasakan usaha pencegahan jenayah berkaitan ajaran sesat dan kefahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh Malaysia dalam agenda amar makruf dan nahi mungkar kepada masyarakat mengenai perundangan Islam.
Seminar ini mengandungi satu (1) pembentangan kertas utama, tiga (3) kertas kerja dan satu (1) forum seperti berikut :
Pembentangan Kertas Utama
Tajuk : Menyantuni Kepelbagaian Aliran Pemikiran
Oleh : S.S. Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad al- Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Pembentangan Kertas Kerja
Tajuk : Menyantuni Kesalahan Berkaitan Aqidah dan Pemikiran Berdasarkan
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Oleh : YBhg. Datuk Haji Rahimin bin Bani
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama
Jabatan Agama Islam Melaka
Tajuk : Kepelbagaian Ancaman Pemikiran Moden ; Satu Sorotan
Oleh : YBrs. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar bin A. Harris
Pengarah
Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilization (CASIS)
Tajuk : Analisis Fatwa Berkaitan Fahaman dan Pemikiran Agama
Oleh : S.S. Dato' Dr. Haji Anhar bin Haji Ophir
Timbalan Mufti Selangor
Sesi Forum Perdana
Tajuk : Akukah Yang Paling Islamik ?
Panel 1 : YDH DCP Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Counter Terrorisme
Cawangan Khas PDRM Bukit Aman
Panel 2: Tuan Azril bin Mohd Amin
Ketua Pegawai Eksekutif
Centre For Human Right Research and
Advocacy (CENTHRA)
Hasil daripada penganjuran seminar ialah : Pertama, peningkatan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai kesalahan jenayah syariah di dalam akta/enakmen/ordinan dan fatwa-fatwa yang ada. Kedua, penyaluran maklumat dan penyelarasan inisiatif serta program-program pencegahan jenayah syariah dapat disampaikan kepada masyarakat bagi mengukuhkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ketiga, kerja serta kolaborasi strategik dalam usaha pencegahan jenayah berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah di antara agensi agama dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta sukarelawan dapat mempertingkatkan kesucian Islam.
YBhg. S.S. Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan membentangkan kertas utama
Perasmian Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah (SKPJS) 2018
oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM
YBrs. Tuan Aziz bin Hj. Mohamad, Pengarah BPUU menyampaikan ucapan aluan
Tetamu jemputan dan peserta tekun mendengar ucapan perasmian SKPJS 2018
Antara peserta seminar yang hadir, mahasiswa dan mahasiswi daripada IPTA/IPTS
Sesi Pembentangan Kertas Kerja oleh panel jemputan
Sesi Soal Jawab bersama panel jemputan
Sesi Forum bersama YDH DCP Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay (PDRM), Tuan Azril bin Mohd Amin (CENTHRA)
dan Moderator Ustaz Akhrun bin Musa (JAKIM)