Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
24-25 April 2024 | Kota Kinabalu - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil. 1/2024 bertempat di Menara Kastam, Jabatan Kastam Negeri Sabah.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM dan turut hadir bersama Pengarah BPPPS YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa dan semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia.

Banyak isu telah dibincangkan antaranya cadangan Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dan perkara-perkara berkaitan penyelarasan pendakwaan syariah. Di samping itu, mesyuarat tersebut juga telah membincangkan berkaitan data dan statistik pendakwaan Syariah serta program-program akan datang bagi Jabatan Pendakwaan Syariah seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.

Mesyuarat KPS 1

Mesyuarat KPS 2

Mesyuarat KPS 3